Promosi Terkini!
Mengetahui keberadaan dokumen peribadi dan segala harta yang anda miliki pada setiap masa adalah amat penting dalam pengurusan harta yang berkesan. Senarai lengkap semua milikan anda akan dapat membantu anda dan keluarga untuk melaksanakan perancangan masa depan dengan baik, terutama untuk mengurangkan kesulitan ketika menghadapi kecemasan.
Kegagalan menyimpan rekod senarai harta yang anda miliki boleh membawa kepada kelewatan dalam pengurusan harta pusaka. Sekiranya anda belum pernah lagi menyenaraikan milikan dokumen anda, sekarang mungkin masa terbaik untuk melakukannya.
Borang di bawah ini akan membantu anda memulakan penyenaraian milikan anda dengan mengisikan ruangan yang disediakan.