Promosi Terkini!
Pengurusan harta pusaka yang sempurna adalah bergantung kepada pelantikan Wasi yang tepat dan berwibawa. Kesejahteraan dan kebajikan ahli keluarga anda adalah bergantung kepada Wasi yang anda lantik.
Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga hak keluarga anda dengan selamat. Sebaliknya pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.
Kelebihan Melantik as-Salihin Sebagai Wasi
as-Salihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (telah dipinda kepada Akta Syarikat 2016) dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Ia tertakluk dengan peruntukkan undang-undang, oleh itu benefisiari yang diamanahkan kepadanya adalah terpelihara dan dilindungi. Kewujudannya bersifat kekal dan bon jaminan akan dikecualikan Mahkamah Tinggi, sekiranya ia bertindak sebagai Wasi Utama atau Wasi Gantian.
as-Salihin pakar di dalam bidang Syariah dan undang-undang pengurusan harta pusaka
Sokongan daripada Lembaga Penasihat Syariahnya, akan memastikan hasrat anda dapat dilaksanakan
Proses pentadbiran harta pusaka telus dan berterusan sehingga ke pengagihan terakhir.
Memastikan pembahagian harta mengikut setiap arahan di dalam Wasiat anda.
Perlaksanaan terma di dalam Wasiat anda secara berkesan.
Memastikan pembahagian aset tersebut mengikut Faraid.
Memohon Probet daripada Mahkamah Tinggi, memastikan proses penyelesaian harta simati akan mengambil tempoh yang singkat.