Promosi Terkini!
as-Salihin menawarkan perkhidmatan secara 2 pilihan. Anda boleh memilih perkhidmatan kami secara produk individu atau secara pakej untuk lebih jimat.
Terpulang kepada anda untuk buat pilihan yang sesuai selari dengan keperluan dan kemampuan anda.
Produk Secara Individu:
Penulisan Wasiat
Pelantikan Wasi
Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat
Amanah
Perjanjian Aset Perolehan Bersama (Deklarasi Harta Sepencarian)
Secara Pakej Bersama - Rancang Harta
Pri-Hibah (Deklarasi Hibah)
Pri-TI (Amanah Takaful / Insurans)
Pri-Warisan
Pri-Niaga
Pri-Emas
Wakaf
Wasiat adalah dokumen pelantikan Wasi semasa hidup, pemilik terus menentukan Wasi yang akan mentadbir harta pusaka.
Wasi akan menjalankan pentadbiran harta pusaka si mati termasuk mengeluarkan semua wang simpanan, membayar hutang, mengagihkan harta kepada waris.
Tidak perlu mendapatkan persetujuan semua waris dan dapat mengurangkan prosedur pengagihan harta pusaka.
Tempoh masa harta pusaka diagihkan kepada waris dapat disegerakan.
Memperuntukkan 1/3 nilai harta kepada bukan waris Faraid.
Wasiat melebihi 1/3 nilai harta perlukan persetujuan semua waris
Menyampaikan Pesanan Terakhir Pewasiat.
Dokumen diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pewasiat;
Salinan Kad Pengenalan/Pasport Wasi;
Salinan Kad Pengenalan/Pasport Penjaga;
Salinan Geran atau Perjanjian Jual Beli.
Harga: RM1,600.00
Tiada had bilangan klausa
Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat.
Sekiranya pewasiat melantik Wasi individu beliau mungkin akan jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak berupaya atau enggan bertindak sebagai Wasi. Oleh itu, adalah lebih baik melantik badan korporat sebagai wasi berbanding individu.
as-Salihin merupakan sebuah syarikat amanah dan boleh bertindak sebagai Wasi. as-Salihin akan memastikan pentadbiran harta pusaka dilaksanakan dengan telus dan lancar.
Menulis Wasiat mungkin satu pilihan tetapi pemilihan Wasi yang tepat bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.
Harga: RM
Tiada had bilangan klausa
Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada pemberian sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisme untuk menjamin hak benefisiari yang dipilih oleh settlor. Ianya adalah suatu pemberian.
Apa itu Pri-Hibah?
Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
Hanya pemberian daripada ibu/bapa atau datuk/nenek boleh dibatalkan.
Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Pri-Hibah.
Harga: RM.00
Tiada had bilangan klausa
Rancang Hibah
Pakej Hibah dan Wasiat
RM2,500.00*
Rancang Harta Sepencarian
Pakej Perjanjian Harta Sepencarian dan Wasiat
RM2,750 *Termasuk RM250 Yuran Pemprosesan
Rancang Warisan
Pakej Wasiat dan Pri-Warisan
RM2,988
Pakej Keluarga
Pakej 2 Dokumen Wasiat
RM3,000.00
Rancang Legasi
Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Pri-Warisan
RM3,900.00**
Nota:
Tertakluk kepada harga terkini.
*Tertakluk kepada satu (1) dokumen hibah sahaja.
*Tambahan RM250 jika menggunakan PA (Power of Attorney / Surat Kuasa Wakil)
**Tambahan RM250 jika memilih Harta Sepencarian
**Tambahan RM250 jika menggunakan PA untuk Pri-Hibah