Promosi Terkini!
Panduan ringkas bagi dokumen yang perlu diserahkan untuk permohonan Amanah Takaful/Insurans (PRI-TI) dan aliran kerja (workflow) permohonan melalui IEP Portal
Dokumen Diperlukan
Salinan yang lengkap dan jelas bagi setiap item berikut — semua salinan mesti dilihat dan disahkan oleh wakil IEP sebelum dihantar:
Kad Pengenalan / Pasport pelanggan (salinan penuh).
Kad Pengenalan / Pasport semua pihak berkaitan (contoh: pelindung, benefisiari, penjaga).
Bukti alamat — jika alamat semasa berbeza daripada yang tertera pada Kad Pengenalan.
Surat Persetujuan Perkhidmatan (LOE).
Polisi asal (dokumen polisi takaful/insurans sedia ada).
Bukti pendapatan / sumber kewangan (contoh: e-Form EA terkini, penyata cukai, atau slip gaji 3 bulan terakhir).
Borang Deklarasi FATCA, CRS & AMLA — dikehendaki bagi Setlor, Pelindung dan Penjaga.
Deposit bayaran RM1,000 — deposit ini tidak dikembalikan sekiranya draf PRI-TI telah dikeluarkan oleh AST kepada IEP/pelanggan.
Aliran Kerja (Workflow)
Langkah ringkas daripada permohonan hingga serahan dokumen akhir:
Sahkan pelanggan mempunyai polisi takaful/insurans.
Hantar permohonan PRI-TI melalui IEP Portal
beserta semua dokumen yang diperlukan dan bayaran deposit.
AST menyediakan draf Surat Ikatan Amanah (PRI-TI)
akan dikeluarkan kepada IEP (tempoh anggaran: 10 hari bekerja).
Pelanggan semak draf:
Jika setuju, IEP maklumkan kepada AST untuk keluarkan dokumen akhir.
Jika tidak setuju, IEP hantar pindaan melalui IEP Portal.
Tandatangan pelanggan:
Pelanggan menandatangani 2 salinan Surat Ikatan Amanah dan Borang Penyerahan Hak Mutlak untuk setiap polisi.
Serahan kepada institusi berkaitan:
AST / IEP menyerahkan Borang Penyerahan Hak Mutlak kepada institusi berkaitan untuk kelulusan mereka.
Simpanan dokumen asal:
AST menyimpan semua dokumen asal (Surat Ikatan Amanah
Borang Penyerahan Hak Mutlak dan kelulusan) dalam Bilik Penyimpanan AST.
Salinan kepada pelanggan:
AST akan memberikan salinan Surat Ikatan Amanah dan surat kelulusan Penyerahan Hak Mutlak kepada pelanggan.