Promosi Terkini!
Harta anda mungkin terbeku dan tidak dapat dinikmati atau diterima oleh ahli keluarga tanpa perancangan awal sebelum berlaku kematian. Ketahui risiko yang anda bakal hadapi sekiranya anda MENANGGUHKAN & TIDAK MELAKUKAN perancangan harta pusaka.
Orang Islam digalakkan untuk menulis Wasiat seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak baik bagi seorang Muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya.” Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1).
Dokumen Wasiat:
Pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaatnya untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Pewarisan Islam, selepas kematiannya.
Wasiat merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan iqrar dan pesanan bagaimana aset pewasiat ingin diuruskan selepas kematian.
Sekiranya individu meninggal dunia tanpa berwasiat, pusaka beliau mungkin tidak dapat diserahkan kepada benefisiari yang dihajati.
Syarat Menulis Wasiat mengikut Undang-undang?
Menurut undang-undang di Malaysia, terdapat beberapa syarat yang menjadikan wasiat sah di sisi undang-undang iaitu:
Individu wajib berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa menulis wasiat;
Sempurna akal (waras) dan sihat tubuh badan;
Tanpa paksaan dan desakan daripada sesiapa
Tidak dilarang untuk mentadbir harta contohnya bankrap
Mempunyai kemampuan menurut undang-undang untuk membuat wasiat.
Pembahagian Pusaka Tanpa Wasiat:
Tanpa membuat Wasiat, keseluruhan aset orang Islam yang meninggal dunia akan diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Waris Faraid:
Waris utama berikut berhak menerima bahagian dan tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta si mati, dengan syarat mereka beragama Islam.
Suami / Isteri
Ibu
Bapa
Anak-anak lelaki
Anak-anak perempuan
Waris Faraid Lain:
Waris faraid lain seperti adik-beradik dan cucu bukanlah secara automatik menjadi waris dan hanya akan mewarisi dalam situasi tertentu.
Bukan Waris Faraid: (Tidak layak terima pusaka Islam)
Antara golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah :
Anak angkat
Anak tidak sah taraf
Ibu bapa angkat
Ahli keluarga yang bukan beragama Islam
Masalah Sekiranya Seseorang Meninggal Dunia Tanpa Wasiat:
Harta pusaka akan terbeku.
Waris buntu dan terbeban untuk menguruskan harta pusaka sekiranya si mati tidak membuat wasiat.
Waris mengalami masalah dalam mengenalpasti harta serta hutang yang ditinggalkan oleh si mati.
Proses pentadbiran harta pusaka tanpa wasiat akan mengambil masa yang lama.
Waris lewat mendapat hak mereka yang sepatutnya.
Menyukarkan urusan pentadbiran pusaka apabila berlakunya kematian waris sebelum pengagihan menyebabkan tuntutan berlapis.
Menangguhkan pentadbiran pusaka boleh menyebabkan pertambahan ahli waris seterusnya menjejaskan nilai bahagian penerima yang berhak diterimanya.
Harta Pusaka adalah merangkumi semua aset tak alih dan alih yang didaftarkan di atas nama si mati. Aset tersebut hanya akan dibahagikan setelah hutang piutang, belanja pengkebumian dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran berkaitan pusaka diselesaikan. Wasiat adalah penting dalam merancang dan mentadbir harta pusaka. Sikap bertangguh untuk menulis Wasiat akan menyukarkan waris yang ditinggalkan.
5 Langkah Menulis Dokumen Wasiat
Mari kita mengenal pasti 5 langkah yang perlu diambil untuk menulis wasiat bersama as-Salihin Trustee Berhad.
Menentukan hasrat anda
Langkah pertama dalam menulis wasiat adalah menentukan hasrat dan tujuan anda dengan jelas.
Pertimbangkan aset yang ingin anda sertakan dalam wasiat dan siapa yang akan menjadi penerima dari aset tersebut.
Bagi mengatur Wasiat anda dengan jelas anda patut fikirkan dan menentukan
Siapa anda patut lantik sebagai Pentadbir Harta bagi mengurus harta.
Siapa anda patut lantik bagi penjagaan harta anak bawah umur anda.
Pengagihan harta-harta kepada waris faraid dan bukan waris faraid.
Pengagihan harta-harta untuk tujuan wakaf dan sedekah jariah.
Dengan mengenalpasti perkara di atas, anda dapat menuliskan wasiat dengan lebih efektif. Anda hanya boleh memberi tidak melebihi 1/3 daripada harta anda kepada bukan waris faraid.
Wasiat melebihi 1/3 daripada harta hanya jika dipersetujui semua waris-waris harta pusaka yang sah
Mengumpulkan maklumat yang diperlukan.
Senaraikan seluruh aset-aset dan liabiliti yang ada diatas nama anda, baik harta alih mahupun harta tidak alih.
Berikut merupakan contoh-contoh harta alih:
Akaun-akaun bank
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Amanah Saham Berhad (ASB)
Pelaburan Unit Amanah
Kereta
Emas
Saham syarikat / koperasi
Keahlian kelab
Berikut merupakan contoh-contoh harta tidak alih:
Rumah
Tanah
Ladang kelapa sawit
Kebun
Premis perniagaan
Dalam masa yang sama, anda harus memberikan maklumat penerima-penerima atau institusi yang terlibat dalam pemberian harta anda.
Dengan menyenaraikan perkara ini dapat membantu anda dan keluarga anda untuk melaksanakan penulisan wasiat anda, dan mengurangkan kesulitan ketika menghadapi kecemasan.
Sekiranya anda belum lagi menyenaraikan lagi dokumen penting anda, sekarang adalah masa terbaik untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi, kegagalan menyimpan rekod senarai harta yang anda miliki boleh membawa kepada kelewatan dalam pengurusan harta anda.
Mendapatkan konsultasi dengan Perancang Harta Pusaka Islam (IEP):
Dapatkan nasihat yang tepat, membantu anda memahami implikasi, dan memastikan bahawa wasiat anda mengikut hukum faraid dan undang-undang.
Pastikan anda memberikan penjelasan tentang hajat dan keinginan anda dengan jelas.
Menyusun Wasiat
Berdasarkan tujuan dan informasi yang dikumpulkan, Perancang Harta Pusaka Islam anda akan membantu anda menyusun wasiat mengikut perincian bagaimana anda ingin aset anda diagihkan.
Menentukan pengaturan dasar, kenalpasti Pentadbir Harta, Penjaga Harta dan Pewaris.
menyediakan draf wasiat yang mengikut hukum syarak dan undang-undang Malaysia
Menyemak draf wasiat dan seterusnya memuktamadkan wasiat setelah anda puas hati dengan memberikan pengesahan dan memaklumkan keputusan muktamad kepada Perancang Harta Pusaka Islam anda.
Tandatangan Wasiat dan Salinan Wasiat
Proses mendatangani dokumen akan dibuat oleh pewasiat bersertakan dua orang saksi lelaki beragama islam.
Setelah tandatangan wasiat, wasiat yang asal akan didaftarkan dan disimpan dibawah jagaan as-Salihin Trustee Berhad
Anda pula akan menerima salinan dokumen wasiat bersama-sama dua keping ‘custody card’ bagi simpanan peribadi.
Sekiranya pada masa depan, anda ingin membuat menukaran isi kandungan wasiat. Anda boleh
Hubungi Pakar Perancang Harta Pusaka Islam anda melalui email kami marketing@as-salihin.com
Gunakan sistem Senarai Harta Peribadi atau E-PAI dengan layari as-salihin.com/senarai-harta-peribadi-e-pai