Promosi Terkini!
Apa itu Pri-Hibah?
Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
Hanya pemberian daripada ibu/bapa atau datuk/nenek boleh dibatalkan.
Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Pri-Hibah.
Kelebihan Membuat Pri-Hibah
Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Pri-Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid.
Ia boleh digunakan sebagai instrumen untuk membuat pembahagian sama rata untuk anak-anak.
Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
Setlor boleh memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia.
Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa.
Objektif Pri-Hibah Harta Bercagar:
Memenuhi keperluan majoriti umat Islam yang mempunyai harta bercagar.
Menyediakan instrumen perancangan harta pusaka yang komprehensif untuk golongan ini.
Menjamin pindah milik bagi Hibah Harta Bercagar ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
Syarat-Syarat:
Syarat dan terma sedia ada untuk Pri Hibah adalah kekal terpakai.
Pri Hibah bagi Harta Bercagar hanya terpakai untuk HIBAH DUA HALA sahaja.
Benefisiari atau Penjaga Harta Benefisiari (Bapa atau Bapa Kepada Bapa (datuk) perlu menjadi pihak serta menandatangani Deklarasi Hibah
Penghibah mestilah PEMILIK BERDAFTAR bagi harta bercagar tersebut dan pembiayaan/pinjaman bagi harta tersebut di atas pemilik berdaftar tersebut. Bentuk pinjaman yang diterima:
Pinjaman Perumahan
Pinjaman Bertempoh (Term Loan)
Pinjaman Tetap (Fixed Loan)
Keseluruhan jumlah pinjaman dijamin oleh TAKAFUL ATAU INSURANS (Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) atau Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)) dan ia melindungi keseluruhan tempoh pinjaman.
Jika tempoh pinjaman adalah 20 tahun maka MRTT atau MRTA tersebut mestilah melindungi tempoh 20 tahun tersebut.
Benefisiari akan menerima harta hibah bercagar beserta bebanannya.
Oleh itu jika terdapat baki/tunggakan pinjaman maka Benefisiari atau Penjaga Harta wajib menyelesaikannya sebelum pindah milik boleh dilaksanakan kepada Benefisiari selepas Penghibah meninggal dunia.
Surat Pemberitahuan mengenai Hibah Harta Bercagar akan diberikan kepada institusi yang memberi pinjaman.
as-Salihin akan menyediakan surat ini dan menguruskan penghantarannya dan Pemberi Hibah perlulah menandatangani surat tersebut bersama dokumen Deklarasi Hibah beliau.
Pemberi Hibah dan Penerima Hibah yang dibenarkan:
Milikan Tunggal:
Status Pinjaman (Peminjam)
Pinjaman di atas nama pemilik berdaftar bagi hartanah tersebut (Hartanah 1 nama, peminjam 1 nama)
Penghibah & Benifisiari Dibenarkan
Pemilik harta dibenarkan menghibahkan harta tersebut kepada Benefisiari yang dikehendaki.
Milikan Bersama (2 atau lebih pemilik & hanya 1 peminjam)
Status Pinjaman (Peminjam)
Pinjaman di atas nama salah seorang daripada pemilik tersebut. (Hartanah 2 nama, peminjam 1 nama)
Penghibah & Benifisiari Dibenarkan
Pemilik yang mengambil pinjaman tersebut sahaja dibenarkan untuk membuat Hibah ke atas bahagian beliau.
Hartanah tersebut boleh dihibahkan kepada benefisiari yang dikehendaki.
Milikan Bersama (2 atau lebih pemilik & peminjam)
Status Pinjaman (Peminjam)
Pinjaman di atas nama kesemua pemilik tersebut (Hartanah 2 nama, peminjam 2 nama)
Penghibah & Benifisiari Dibenarkan
Kesemua mereka boleh membuat Hibah bagi harta berkenaan
Benefisiari yang dibenarkan adalah pemilik bersama sahaja.
Dokumen yang diperlukan bagi Pri Hibah bagi Harta Bercagar:
Dokumen pemilikan: salinan Geran / Perjanjian Jual Beli / “Deed of Assignment”;
Salinan maklumat pinjaman – Bank dan jumlah pinjaman
Salinan Sijil Takaful atau Insurans (MRTA/MRTT)
Salinan Kad Pengenalan Pemberi Hibah
Salinan Kad Pengenalan Benefisiari
Surat pemberitahuan kepada institusi pembiaya (akan disediakan oleh pihak as-Salihin).
Soalan Lazim:
Adakah as-Salihin boleh menerima Hibah harta bercagar jika MRTA atau MRTT hanya melindungi pinjaman untuk tempoh 10 tahun sahaja, sedangkan tempoh keseluruhan pinjaman adalah 20 tahun?
Jawapan: Hibah ini tidak diterima.
2. Bolehkah Hibah jika Harta bercagar tersebut dilindungi oleh Takaful/Insurans Hayat samada yang telah diserah hak atau tanpa serah hak kepada pemegang cagaran?
Jawapan: Tidak boleh kerana ada risiko polisi luput.
Bagi harta milikan bersama dan pinjaman juga diambil secara bersama, hibah hanya dibenarkan kepada pemilik bersama sahaja dan tidak boleh kepada benefisiari lain, kenapa?
Jawapan: Ini adalah untuk memudahkan proses pindah milik selepas meninggal dunia, sekiranya takaful/insurans tidak mencukupi untuk membiayai keseluruhan baki pinjaman.
Jika Benefisiari di bawah umur, siapakah yang akan menanggung baki pinjaman (jika ada)?
Jawapan: Benefisiari atau Penjaga Harta.
Bagaimana status Pri Hibah jika semasa hayat Pemberi Hibah, beliau telah membuat “refinance ke atas harta hibah tersebut”?
Jawapan: Pemberi Hibah perlu menandatangani dokumen tambahan (supplemental document) sebagai dokumen untuk menyokong perubahan tersebut dan amaun pembiayaan semula (refinancing) tersebut wajib dilindung oleh takaful atau insurans. Kos dokumen tambahan adalah RM300.